fisa lurve faraulah
Tuesday, August 19, 2008
Wednesday, June 4, 2008
ilal liqa' maas salamah..
assalamualaikum..
huhh
nk blik ostel da esk..
cuz ade camp kpmmpinn..
pustakawan pom kne gi?
ish3..
emm..
ni aq nk ucp tata kt sume kwn2..
esp 2 org adik masin-nur n miera..hua3, jue, awwin, hani, yusz,
ntah le nk tulih ape lgi..
doakan aq je la..
huhu..
moga kuat ingatan ku..
till then..salam ..
love,
fisa
Tuesday, June 3, 2008
Renungan masa beramal dan masa nak study...
assalamualaikum..renungan buat diri ini dan sahabat sperjuangan sekalian..
dipetik dari majalah perutusan hawa
edisi 14, KISAS
bismillahirrahmanirrahim..
- pernah tak semua renungkan..betapa kita tak sanggup untuk bngun mlm buat solat sunat tp sanggup tak tidur malam untuk buat homework yg tak siap..hmm..
- tahukan kita semua, Ibnu Sina, studynya disulami dgn zikir..bila terasa buntu, segera bangkit dan solat 2 rakaat minta petunjuk dari Allah..kita? study mungkin disulami dgn lagu2 lagha(sia2)..bila terasa buntu..mula putus asa..kata otak dah tepu..mulalah mencari hiburan...
-tapi bila ditanya, pandai berkata-kata, jika belajar diniatkn kerana Allah, insyaAllah akn mendapat keredhaanNya dan pahala..
Agak2nya kerana Allah kah kta dgar lagu2 Muse,simpleplan, lgu bdk2 AFn byk lgi..? Atau krn Allahkah kita menatap majalh Remaja,Media Hiburan Mangga,etc..or krn kah kita menonton filem yg tk brfaedah..?
Apa silap aku?
Sembahyang tak pernah khusyuk..
tpi aku tk pernah berdating atau berkasih2an..
tapi..sedar tak kita bahawa maksiat itu luas pengertiannya?
Mengambil ringan perkara fardhu adalah maksiat pada Allah..
Mlihat org lain melakukan maksiat adalah juga maksiat..
Apatah lgi apabila melihat aurat orang lain..(dlm tv ke..kat tenet ke..kat mags ke..or depan mata..)
Nak terima ilmu dunia pun terasa payahapatah lagi bila sentuh tentang akhirat..ingatlah..
Mtlamat kta bukan sekadar ingin jdi doktor,engineer,or ape2 jelah..tpi juga hamba Allah yg dipandang oleh Nya di akhirat nnti.
Siapa yg akan membantu kita di pdg mahsyar nnti??
nak mintak syafaat para artis ke??
Risau..takut2 Rasullah tak pndg langsung kita..Nak kenal ikut tnda sujud pun..sujud tak pernah lama. Setakat dahi cecah pd sejadah lebih kurang 2-3 saat. Kalau ikut bekas wudhu pulak, wudhu tk prnah sempurna.
Jadi kalau Rasullullah tak knal, mcm mna nk mngaku yg kita ni umatnya?
Apakah agknya nasib kita yg bergelumang dosa ni di hari hisab nnti?
Takutnya bila difikirkan..tersa nk berhenti belajar. Nak beribadat je..tapi rasullullah dah pesan kita kene kejar dunia dan akhirat. Dgn ilmu kita boleh menguasai ekonomi yg diterajui kuffar. Dgn ilmu bleh terajui pimpinan negara. kalau tnpa ilmu, kita dpndg hina n tk berguna.
Tpi kalu kita msih begini..agak2nya siapa yg rugi,,hmmrenungknlah..
pesanan untuk diriku..dn shbt..
daa..
love faraulah..
Friday, May 16, 2008
huhuh..salam dari maahad..
assalamualaikum..
buat sume teman2 malakat..
esp jue,erin,awin,akeem,mie,n lain2..
miss gler aa..
aq balik cuti nnti da second week..
cmne ngn pekse korg?
aq ni tgh exam ag..
mse aq blik oliday nnti kte conf ea..
aq miss kat malakat92.fm aa
huhu..
daa..
love,faraulah
Saturday, April 26, 2008
Rahsia pemakanan cendekiawan islam...
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
seperti yang kita sedia maklum,
makanan merupakan faktor paling
penting bukan sahaja kepada
kesihatan tubuh badan malah lebih
utama kepada kecerdasan otak.
Ramai yang percaya bahawa terdapat
sesetengah makanan yang boleh membantu
menguatkan daya ingatan dan
menjadikan minda serta fikiran kita lebih
cerdas.
Malah, cendekiawan-cendekiawan
Islam silam juga mempunyai rahsia dan
formula makanan mereka yang
tersendiri dan terpendam di dalam kitabkitab
tradisional dalam bahasa Arab.
Namun, sejak beberapa abad kebelakangan
ini, rahsia pemakanan cendekiawan
Islam yang tersembunyi dari
pengetahuan orang Arab dan umat
Islam lain ini cuba diketengahkan kembali.
Berikut adalah formula pemakanan
genius - genius Islam yang telah terbukti
berupaya meningkatkan kepintaran
dan kekuatan daya ingatan :
1. Madu
● Madu adalah makanan
yang sangat
berkhasiat. Al-
Q u r a n
mengiktirafkannya sebagai “shifa’”
iaitu penyembuh penyakit.
● Manisan madu digelar Raja Ubat
dan dapat menyembuh kebanyakan
penyakit.
● Ia adalah makanan untuk kesihatan
keseluruhannya dan mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu.
● Madu juga mengandungi pelbagai
zat galian yang penting seperti kalsium,
sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, magnesium
dan belerang untuk memupuk tenaga
dan kesihatan fizikal-mental.
● Madu didapati berkesan untuk merawati
penyakit - penyakit mental
yang mana ia boleh menghindarkan
kepenatan otak bekerja seperti
berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat.
2. Kismis
● Mengandungi zat besi yang amat
diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen
yang mencukupi untuk disalurkan
ke otak.
● Kekurangan oksigen
menyebabkan seseorang
mudah mengantuk,
pelupa serta
lemah fikiran.
3. Susu Segar
● Susu berguna untuk kesihatan otak,
mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal.
● Mengandungi tiga unsur semulajadi
iaitu keju, lemak dan air yang amat
diperlukan untuk pertumbuhan badan
dan otak.
● Merupakan makanan yang paling
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
enam kelas makanan yang
amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis
vitamin, mineral dan air.
● Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan
umum dan merupakan penawar
kelupaan yang berkesan.
● Susu yang terbaik untuk ketajaman
minda ialah susu kambing, biri - biri
dan lembu yang segar. Susu hidup
lebih berkhasiat dari susu debu.
4. Telur
● Bermanfaat untuk menambah kekuatan
otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya.
● Pakar kesihatan mengakui telur merupakan
makanan yang lengkap dan
berkhasiat.
● Ia mengandungi protein, mineral, vitamin,
kalsium, kuprum, magnesium,
fosforus, kalium, sulfur, natrium,
klorin, zat besi, air dan bahan
ekstraktif.
● Telur terutama telur kuning, berupaya
mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda.
● Telur yang terbaik ialah telur ayam
kampung dan yang masih baru.
5. Halia
● Ia sangat mujarab untuk mengelak
sering lupa. Ia boleh dimakan mentah
atau dibuat halwa. Halwa ialah
halia yang dijadikan manisan dengan
merebus dan mencampurkannya
dengan gula.
6. Limau oren
● Berkhasiat untuk mengemaskan
urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran.
● Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7. Daging burung merpati
● Ia mengandungi protein, lemak, kalsium,
fosforus dan kalori. Sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutama kanak - kanak.
● Kanak-kanak yang diberi telur burung
merpati didapati dapat bercakap
lebih awal dari kebiasaannya.
8. Daging ayam
● Berbanding dengan semua jenis
daging, ayam dianggap mengandungi
kadar zat pemakanan yang
paling tinggi.
● Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan
prestasi otak dan membaiki darah.
9. Daging Biri-biri
● Menambah darah, sesuai untuk
orang aktif dan bekerja berat serta
dapat meningkatkan kekuatan
menghafal.
10. Hati
● Terutamanya hati ayam dan lembu.
Mengandungi pelbagai jenis vitamin
dan bermanfaat untuk kesihatan
mental dan fizikal.
11. Kekacang
● Beberapa jenis kacang seperti
gajus, berangan, kacang soya, pistachio
dan lain-lain.
● Kacang pistachio dipercayai sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutamanya kanak-kanak
dan ia juga mengandungi nilai protein
yang tinggi.
12. buah badam
● Untuk meningkatkan kecerdasan.
13. Kemenyan putih (kemenyan
serani/luban/kundar)
● Ditumbuk halus-halus dan dimakan
dengan gula.
14. Bunga kubis
● Terdapat sejenis asid amino di dalam
sayuran ini yang mampu menguatkan
tenaga mental.
15. Bunga cengkih
● Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan
sedikit sahaja. Ia berguna
untuk merangsang kecergasan
minda dan memberi lebih tenaga
untuk badan.
16. Labu
● Berfaedah menambahkan keupayaan
fikiran dan akal. Disarankan
untuk memasukkan labu dalam
sebarang masakan sup kerana ia
mampu menambahkan kemampuan
fikiran dan akal.
17. Buah kedekai (Majalawi)
● Menguatkan hafalan dan menguatkan
kekuatan badan.
18. Minyak Sapi
● Dimakan terus atau dicampurkan
dengan masakan dalam kuantiti
yang kecil. Melancarkan peredaran
darah ke bahagian otak serta menguatkan
memori.
19. Sayur-sayuran dan buah-buahan
segar
● Membantu meningkatkan kekuatan
akal dan memori.
di petik dari esti.com.my, 61 mac 2007
Tuesday, March 11, 2008
pesanan Ibnu Qayyum..
1. Dalam hati manusia ada kekusutan, dan tidak terurai kecuali menerima kehendak Tuhan.
2. Dalam hati manusia ada keganasan dan tidak hilang kecuali berjinak dengan Tuhan.
3. Dalam hati manusia ada kesediahn dan tidak hilang kecuali seronok mengenali Tuhan.
4. Dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Tuhan.
5. Dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan Tuhan, qada' dan qadarnya serta sabar sehingga menemuiNya.
6. dalam hati manusia ada hajat dan tidak terbendung kecuali kecintaan kepada Tuhan dan bermohon padanya.
7. berterusan dalam berzikir kepada Tuhan adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
salam ukhuwah untuk semua sahabat..doakan aq tenang
dalam menghafal dan dalam belajar...
-nafisah
Monday, March 10, 2008
Keutamaan membaca Al-quran
(petikan dari 'keagungan Kitab Al-quran dan Peminatnya' oleh Ustaz abdullah A-Qari bin haji Salleh)
1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2. Pahala membaca Al-quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut ibnu majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al-Jauzi diganda 700 kali.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari syurga.
4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
5. Pahala membaca satu huruf al-quran;-
dalam sembahyang- 100 kebajikan
diluar sembahyang dengan berwuduhk - 50 kebajikan
tanpa wuduk - 10 kebajikan
6. Pembaca a- quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
7. untuk selamat dari api neraka.
8. mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersam amalikat.
9. di hari kiamat, al-quran menjadi pembela.
10. pembaca akan beroleh keamanan.
11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalam malaikat
12. pembaca dimasukkan ke dalam golongan siddiqin. Syuhada, dan Solihin..
13. membaca Al-quran secara berkumpulan di ampunkan dosa mereka.
14. Pembaca akan dapam kemuliaan syurga
15. mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
-fisa lurve faraulah

