Tuesday, December 25, 2007

Update~~

assalamualaikum..
malam ni dapat juga diriku menyiapkan big holiday project ku. Mesti teman2 ku tertanya2..wahaha..Daku ditugaskan oleh ibuku untuk membuat ape2 la dari perca kain auntie ku. Jadi daku memilih untuk buat blanket. Blanket ini dihasikan menggunakan kaedah tampal cantum(khb form3) wakaka. Alhamdulillah, siap akhirnya~~, boleh la daku mggunakan blanket ni untuk tidoq malam nih..amacam, chantek tak?uhuhu

Hari ni daku hanya menghabiskan masa dgn membaca novel ini..best gak citer nyer. Novel ni dah lama di pasarkan, tapi daku baru aje beli..Harga pon dah runtuh..uhuhu..dulu rm 17.90 sekarang rm 5 je..ish3.. beli ni kat mph SACC Mall kat Selangor. Ingat lagi masew tengah pilih novel ni tepon jue..wahaha..jue, ingat lagi tak??

Tadi mase conference lawak giler..Dok dengar malakatfm..hua3..DJ nyer adalah joe are zman..dah la ckap loghat nogori. pecah langit2 ku menggelakkan diri..hua3. DJ akeem lak tak kurang hebatnya, dengan lagu nasyid..pastu ade la sorang DJ lagi ni bace news at malakat. Kelako siot..wakaka.. sape la orang tu. :D akhirnya sebagai penutup, DJ akeem membacakan doa..amin ya rabbal alamin...

Sekian, wasslam..

Sunday, December 23, 2007

Kek Coklat :D

assalamualaikum..



setelah lama tak update blog..nak update la nih..



em first skali nak citer sal kek cekelat..

pagi ari khmis ibu suruh buat kek. adeh. cmne nak wat. last2 ibu pon bg la tunjuk ajar. Kami berempat bertungkus lumus di dapur menyiapkan kek itu. Sambil tu sempat juga aq mengeksyen kan dkat awin dgn mnghntr sms pdanya.wakaka:D lpas tu, ketiga2 chef sudah pergi mandi. tinggal diriku sorang2 terkontang kanting mengadun tepung bersama serbuk cekelat..pas siap daku memasukkan bhn2 lain..

pas tu time nak bakar..yeay..



Image Hosting by Picoodle.com


lpas 45 minit siaplah kek cekelat aq dan 3 org lagi chef yg sudah mandi tu.wakaka:D..

siaplah kek cekelat aq..walaupon toppingnyer tidak menjadi..tapi rasanya amatlah enak..



Image Hosting by Picoodle.com





ps: awin, ni kek aq..wakaka..aq tiru hg bubuh gula kat atas dier..cantikkan..

Thursday, December 20, 2007

la tahzan T.T

nape dgnku mlm ni..sedihnye...diorang buat ku mcm ni..mungkin diorang tak sedar..n tak pernah sedar..daku harap diorang takkan sedar sampai bila2...ku kenal mereka sudah lama....Ya Allah berilah yg terbaik untukku..tadi selepas conf..and membaca beberapa teman punya blog..entah la..adakah mereka ikhlas?... atau..diriku yang tidak ikhlas dalam bersahabat?.. Ya Allah berilah yg terbaik untukku..

Tuesday, December 18, 2007

Assalamualaikum~~
hari ni tiba-tiba teringat kenangan di dusun eco resort...bestnyer waktu tu..pic sblh ni taim lepas lalui pelbagai halangan...syoknye..wawaweee...taim ni banin sume frust sebab banat habiskan halangn tu lambat giler..sian dorang..

Tebikopta...


assalamualaikum..ni aq nak stoy pasal heli..ade hari tu..entah hari ape.lupe dah..daku sudah siap mandi.pastu denga bunyi bising giler.ingat ape.tercari2 la daku dengan terpinga2. Last2 jenguk kat luar tingkap ader heli..happy gler taim tu..keingin nyer naik heli...sesape yg tak caye umah aq ader heli.nah amik tgk..hehe


ni baru siap masukkan pesakit dlm ambulance..orang mengandung..sian aq tgk....ramai btoi org tgk...pes taim la katekan...ahaks...

Saturday, December 15, 2007

Big Holiday Project!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Oh no! school holiday is just two week left, and I....I don't even finish my that big holiday project yet..huurmmm. Why this holiday so fast want to disappear-from me?? So, I must do it ASAP before this wonderful holiday leave me..alone..

This project is actually an after-PMR-project..but I had KIV this project until the school holiday started. Mom told that this project's result act as my holiday souvenir..huh..really?..urm okay..whatever..

Mom gave me all the things I need for this project..thanks ibu!!..So, I just need to give myself more time, a lot of desire and interest too..InsyaAllah the result will be totally cool and fascinating..I think so..huhu

I had started this project ..urm..let me think..about 2 weeks ago. sigh~~ but until today I've only managed to finish 30 percent of it..

Wondering what my project is? Syhh it's a secret actually. For this project, I must make a thing. Anyhing. From all the things and materials that ibu gave. So I decided to make this thing. This thing is useful to us..to me very much of course. Especially in the condition like now.

Tuesday, December 11, 2007

to the kampung i come...~~

Assalamualaikum..



Lepas siap diriku mengemas baju-baju, semua baju itu disusun tidak berapa rapi didalam beg garfield ku yang comel. Aku memilih untuk pakai baju blouse pink pekat dengan seluar slack hitam. Memandangkan perjalanan nanti akan melewai waktu malam. Setelah siap menggosok blouse+tudung+seluar, aku menyiapkan diri. Dekat pukul 5 petang abah dan ibu balik dari kerja. Dan kami pon bersiap untuk bertolak.

Dalam kereta aku melayani novel Mary-kate and Ashley Sweet Sixteen( Cross Our Heart). Novel itu amatlah syok bagiku.huhu. Dalam kedinginan hujan lebat diluar kereta, sambil mengunyah kerepek ikan bilis serta mendengar abah dan ibu berceloteh, diselangi dengan Ya dan Mi yang tak habis-habis bergaduh...(karang aku flame je dua budak ini)..mataku terasa berat yang amat. Lalu aku dibuai mimpi dalam kedinginan yang menusuk sampai ke tulang sum-sum...waa..syok nye..

Sayup-sayup kedengaran suara abah bertanya kepada ibu nak makan ape?.eh, kat restoran ke nih?.Dengan mata yang terpaksa aku memandang ke luar. Gelap. eh, takde la gelap sangat.hehe. Dah malam. Owh kat restoran rupenye. Abah pegi order makanan bungkus. tiba-tiba abah mnuju ke kereta dan bagi sebungkus nasi lemak kat Ya. (Ya, mmg slalu lapar..hehe). Ya pun serta merta membuka nasi lemak itu di tepi seat aku dan keluar kereta untuk basuh tangan. kemudian dia bertanya kepadaku.
ya: angah, nak nasi lemak?
aku: nak gak..bak air tu angah nak bsuh tangan.
dengan tidak malu aku memakan nasi lemak itu.sedap gak.hehe.terus hilang nangtuk..huhu.selang sepuluh minit abah sudah siap membeli makanan. dak kami pon terus menuju ke kampung.

Jam tangan ku menunjukkan pukul 9 malam. Kami telah sampai di Hospital Daerah Pekan. Aku tanya abah,
aku: abah, takpe ke kite masuk spital malam2 nih.karang kene halau dek nurse tak ke naya.
abah:entah, masuk je la.

kitorang pon menuju ke lif hospital. Then, naik aras dua yakni tingkat satu(pelik aku). Sampai di wad, kami terus menuju ke katil atuk tanpa mempedulikan nurse-nurse yang pandang semacam tu.sesampai nye kami di katil atuk....kosong!Mane atuk?!semua blur. Abah pergi tanye nurse yang masih terpinga-pinga dengan kedatangan kami tadi. nurse tu cakap atuk dah kluar petang tadi. sebab atuk da semakin stabil. alhamdulillah....buat suspen aje...

So, kitorang pon dengan senang hati menuju ke umah tok...


(uik panjang nyer cerita..)

Sunday, December 9, 2007

Balik kampung~~

assalamualaikum..

Petang ini mengikut perancangan abah..kami akan balik kampung di pekan.Balik kampung lagi. Sebabnye atuk ku sakit di kampung. Minggu ini dah masuk minggu kedua atuk di hospital. Atuk menghidap penyakit batuk berdarah. Bila batuk je mesti kuar darah. Abah kate paru2 kiri atuk memang dah rosak. Ini adalah salah satu effect merokok.Sedih. Aku berdoa agar umur atuk panjang. Sempat ke hari raya Qurban yang bakal menjelang. Nenek pulak dekat kampung tu selalu menangis terkenangkan atuk. Nenek sakit kencing manis, hari-hari kene cucuk. Kalu ana ade di kampung ana lah yang akan menginjenct nenek. Sian nenek. perut, lengan habis lebam. Mana tak nye sehari dua kali kene inject. Bila ana tidak ada di kampung, tugas2 menginject diserahkan kepada abang sedare ku yang ganas dan mak sedare ku yang baik. Jadi, ana amatlah tidak sabar untuk balik kampung petang ini. Ana ingin berjumpa atuk dan nenek. Kerana hanaya mereka 2 orang sahaja atuk dan nenek ku di dunia ini.

My beautiful strawberry....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pic di sebelah ini ialah Lil Fresa and Miss Berry.Mereka telah berkawan rapat sejak 6 bulan yang lalu. Mari kita berkenalan dengan Lil Fresa.

Lil Fresa telah dibeli dan menjadi milik ana pada tanggal... (adeh, tak ingat la pulak)..Lil Fresa amatlah comel dan telah menambat hati ana kerana ianya sebuah strawberry. Jika dilihat dengan mata kasar, Lil Fresa tidak la comel mane, tapi biler anda sudah menyentuhnya dan memicit serta menumbuk2 nya..ia amatlah comel...kerana didalam Lil Fresa terdapat butir2 span kecil yang amat lembut..(nak rase?). Ana telah membeli Lil Fresa di kedai Bubble iaitu kedai yang amat banyak barang2 strawberry dan seterusnya telah menjadi kedai favorite ana.

Kita beralih pula kepada Miss Berry.

Miss Berry amat la comel sepertimana apa yang anda lihat. Miss Berry ini telah menambat hati ana di The Store. Miss Berry mempunyai topi strawberry yang boleh dipakai dan ditanggalkan.
Ia juga mempunyai sebiji strawberry besar di kedua-dua tangannya yang membuatkan ana sentiasa geram terhadapnya.

Itu sahaja tentang Lil Fresa dan Miss Berry.

sekian ana Fisa el faraulah melaporkan untuk TVmalakat92

Thursday, December 6, 2007

Surat cinta untuk jiwa...

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang Insyaallah tetap mencintai Allah dan Rasulnya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut andangan yang bebeza, lebih indah dan bermakna...

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu diruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah dimana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNYa ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya terutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu dimanakah kejujuran diletakkan?Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebhagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana!!Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih dihadapanNya selain ketakwaan. Padahal kta menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih diulit terus dengan kefanaan...

Sura ini kutujukan untuk hatiku dah hati sahabta-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah sekeliling, memeberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan darinya.."Ya Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMu, pada taat keadaMu, dan dakwah dijalanMu"

.....untuk diriku dan dirimu sahabat...

keputusanku..

so..i have made my mind...ana tak pegi kuantan...memang sedih...just now..i had a talk with ibu...ibu cakap yang ibu tak berape galakkan sangat pergi kuantan esok..but then..ibu cakap.."angah,ikut angah la nak pergi ke tak..ibu ikut je...angah pikir la mane yang baik..."huhu..adeh..adeh...ibu nampaknya tak bagi....so, macam mane ni..nak bagitau far....last-last..selepas ana merangka2 ayat nak cakap kat far..ana dengan berat hati call far..

selepas bercakap-cakap dengan far beberapa minit..sedih+tak taw rse ape....huhu....

and now..ana tak tau nak pergi tak perak...adeh..

pegi ke tak....adeh...

emm..ana tak taw nk pgi mne..perak or pekan or kuantan...esok far, feeq, ngn nad tggu ana kat kuantan..kitorang da plan nak wat sleepover n nak hgout same2...but then..smlm ibu ckp yg atuk sakit...so nak gi blik kg or pgi kuantan....tp skng ni atuk da ok da..n ibu plak da wat plan nak pgi perak..nak pgi UTP..along ade interview...emmm ..dari sblum holiday lgi kitorg berempat da plan nak at sleepover kat umah far, klu jadi la..ana akan naik bas dri temerloh..smpai kuantan.then turun kat bustand dpan tunas manja..mlm tu pgi umah feeq..cuz feeq ade wat jamuan..esoknye kitorang hangout kat megamall...ptg tu gi umah feeq..then mlm tu tdo umah feeq..then esoknye balik...tapiiiii....ibu suruh pgi perak...hua2...so..kjap lagi terpakse la call far,feeq and nad..nak btal kan dlu plan tu..or maybe tgguhkan dulu..ape alasan nak bgi kat far ye...i'm wondering....

Wednesday, December 5, 2007

i want to be what ever i want to be

you have the POTENTIAL to be whatever you
want to be….

your ABILITIES, TALENTS and ATTRIBUTES are uniquely yours alone.
know yourself- what you can do and you cannot do- for only you can make your life happy.

hang on to your dreams, no matter how difficult.

TRUST yourself and use your Strength positively .

BELIEVE that by working, learning and achieving you can reach your GOALS and be SUCCESFUL.

just testing2

assalamualaikum..
em..nk tulih ape ye..
ni testing je nih..