Saturday, April 26, 2008

Rahsia pemakanan cendekiawan islam...

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

seperti yang kita sedia maklum,
makanan merupakan faktor paling
penting bukan sahaja kepada
kesihatan tubuh badan malah lebih
utama kepada kecerdasan otak.
Ramai yang percaya bahawa terdapat
sesetengah makanan yang boleh membantu
menguatkan daya ingatan dan
menjadikan minda serta fikiran kita lebih
cerdas.
Malah, cendekiawan-cendekiawan
Islam silam juga mempunyai rahsia dan
formula makanan mereka yang
tersendiri dan terpendam di dalam kitabkitab
tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan
ini, rahsia pemakanan cendekiawan
Islam yang tersembunyi dari
pengetahuan orang Arab dan umat
Islam lain ini cuba diketengahkan kembali.
Berikut adalah formula pemakanan
genius - genius Islam yang telah terbukti
berupaya meningkatkan kepintaran
dan kekuatan daya ingatan :

1. Madu

● Madu adalah makanan
yang sangat
berkhasiat. Al-
Q u r a n
mengiktirafkannya sebagai “shifa’”
iaitu penyembuh penyakit.

● Manisan madu digelar Raja Ubat
dan dapat menyembuh kebanyakan
penyakit.

● Ia adalah makanan untuk kesihatan
keseluruhannya dan mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu.

● Madu juga mengandungi pelbagai
zat galian yang penting seperti kalsium,
sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, magnesium
dan belerang untuk memupuk tenaga
dan kesihatan fizikal-mental.

● Madu didapati berkesan untuk merawati
penyakit - penyakit mental
yang mana ia boleh menghindarkan
kepenatan otak bekerja seperti
berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat.

2. Kismis

● Mengandungi zat besi yang amat
diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen
yang mencukupi untuk disalurkan
ke otak.

● Kekurangan oksigen
menyebabkan seseorang
mudah mengantuk,
pelupa serta
lemah fikiran.

3. Susu Segar

● Susu berguna untuk kesihatan otak,
mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal.

● Mengandungi tiga unsur semulajadi
iaitu keju, lemak dan air yang amat
diperlukan untuk pertumbuhan badan
dan otak.

● Merupakan makanan yang paling
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
enam kelas makanan yang
amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis
vitamin, mineral dan air.

● Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan
umum dan merupakan penawar
kelupaan yang berkesan.

● Susu yang terbaik untuk ketajaman
minda ialah susu kambing, biri - biri
dan lembu yang segar. Susu hidup
lebih berkhasiat dari susu debu.

4. Telur

● Bermanfaat untuk menambah kekuatan
otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya.

● Pakar kesihatan mengakui telur merupakan
makanan yang lengkap dan
berkhasiat.

● Ia mengandungi protein, mineral, vitamin,
kalsium, kuprum, magnesium,
fosforus, kalium, sulfur, natrium,
klorin, zat besi, air dan bahan
ekstraktif.

● Telur terutama telur kuning, berupaya
mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda.

● Telur yang terbaik ialah telur ayam
kampung dan yang masih baru.

5. Halia

● Ia sangat mujarab untuk mengelak
sering lupa. Ia boleh dimakan mentah
atau dibuat halwa. Halwa ialah
halia yang dijadikan manisan dengan
merebus dan mencampurkannya
dengan gula.

6. Limau oren

● Berkhasiat untuk mengemaskan
urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran.

● Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7. Daging burung merpati

● Ia mengandungi protein, lemak, kalsium,
fosforus dan kalori. Sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutama kanak - kanak.
● Kanak-kanak yang diberi telur burung
merpati didapati dapat bercakap
lebih awal dari kebiasaannya.

8. Daging ayam

● Berbanding dengan semua jenis
daging, ayam dianggap mengandungi
kadar zat pemakanan yang
paling tinggi.

● Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan
prestasi otak dan membaiki darah.

9. Daging Biri-biri

● Menambah darah, sesuai untuk
orang aktif dan bekerja berat serta
dapat meningkatkan kekuatan
menghafal.

10. Hati

● Terutamanya hati ayam dan lembu.
Mengandungi pelbagai jenis vitamin
dan bermanfaat untuk kesihatan
mental dan fizikal.

11. Kekacang

● Beberapa jenis kacang seperti
gajus, berangan, kacang soya, pistachio
dan lain-lain.

● Kacang pistachio dipercayai sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutamanya kanak-kanak
dan ia juga mengandungi nilai protein
yang tinggi.

12. buah badam

● Untuk meningkatkan kecerdasan.

13. Kemenyan putih (kemenyan
serani/luban/kundar)


● Ditumbuk halus-halus dan dimakan
dengan gula.

14. Bunga kubis

● Terdapat sejenis asid amino di dalam
sayuran ini yang mampu menguatkan
tenaga mental.

15. Bunga cengkih

● Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan
sedikit sahaja. Ia berguna
untuk merangsang kecergasan
minda dan memberi lebih tenaga
untuk badan.

16. Labu

● Berfaedah menambahkan keupayaan
fikiran dan akal. Disarankan
untuk memasukkan labu dalam
sebarang masakan sup kerana ia
mampu menambahkan kemampuan
fikiran dan akal.

17. Buah kedekai (Majalawi)

● Menguatkan hafalan dan menguatkan
kekuatan badan.

18. Minyak Sapi

● Dimakan terus atau dicampurkan
dengan masakan dalam kuantiti
yang kecil. Melancarkan peredaran
darah ke bahagian otak serta menguatkan
memori.

19. Sayur-sayuran dan buah-buahan
segar


● Membantu meningkatkan kekuatan
akal dan memori.



di petik dari esti.com.my, 61 mac 2007